Hanya Dua Perkara Dalam Belanjawan 2012 Serupai Buku Jingga

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata daripada beratus-ratus insentif untuk rakyat dalam Belanjawan 2012 dibentangkan semalam, hanya dua perkara sahaja yang kebetulan menyamai belanjawan Buku Jingga pembangkang.

Beliau berkata perkara itu adalah pemberian insentif kepada wanita RM500 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan bantuan pendidikan kepada anak sekolah rendah dan menengah.

Katanya secara keseluruhan belanjawan tahun depan adalah lebih holistik untuk rakyat yang lebih berpijak di bumi nyata berbanding cadangan belanjawan pembangkang dalam Buku Jingga.

"Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih praktikal berbanding Buku Jingga pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Taklimat Perdana, di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) dekat sini, Sabtu.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan pembangkang bahawa belanjawan yang dibentangkan semalam adalah untuk memancing undi pilihan raya umum yang kian hampir.

Jamil Khir pula berkata Belanjawan 2012 merupakan yang seimbang bagi pembangunan rohaniah dan jasmani kerana ia mengutamakan kebajikan rakyat.

"Ia bersesuaian dengan tuntutan Islam dan bajet kali ini meletakkan negara di landasan sebenar seiring dunia dan akhirat bukan sekadar angan-angan," katanya.

Sementara itu Ketua Pembangkang Kelantan Datuk Md Alwi Che Amad berkata belanjawan kali ini lebih bersifat keinsanan kerana rakyat mendapat faedah lebih banyak daripada kerajaan.

"Kalau dahulu segala projek dilaksanakan akan diberikan kepada kontraktor dalam aspek pembangunan namun sekarang semua rakyat menikmati insentif yang disediakan kepada mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan