Felda Global Akan Jadi Sebuah Lagi Syarikat Saham Mewah:Bursa Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menjangkakan yang penyenaraian Felda Global Venture Holdings akan mewujudkan satu lagi syarikat saham mewah dalam sektor perladangan.

"Langkah ini menunjukkan fokus kerajaan untuk membawa syarikat-syarikat saham mewah kepada pendedahan orang ramai agar pelabur institusi serta mereka (orang ramai ini) boleh menyertai dalam pertumbuhan entiti sebegini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan dalam satu kenyataan.

Felda Global dijangka disenaraikan pada pertengahan 2012, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Jumaat.

Tajuddin berkata Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang bertujuan membimbing lebih 1,000 syarikat Bumiputera yang berprestasi tinggi dan berpotensi untuk disenaraikan di bursa saham juga merupakan penggerak tambahan untuk memberikan lebih ruang kepada tawaran pasaran modal Malaysia.

Mengenai pengecualian cukai baharu untuk Skim Persaraan Swasta, Tajuddin berkata insentif ini akan menggalakkan lebih ramai lagi menimbang untuk mempelbagaikan skim pencen mereka. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan