Belanjawan 2012:Kerajaan Fokus Bangunkan Sosio-Ekonomi Rakyat Sabah dan Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan semakin fokus untuk merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak menerusi peruntukan besar untuk membangunkan sosio-ekonomi rakyat di kedua-dua negeri itu.

Hakikat ini terserlah dalam Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila RM5 bilion diperuntukkan bagi pembangunan jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik di kawasan luar bandar di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Anggota Parlimen Batang Sadong, Serian, Nancy Shukri berkata belanjawan menyeluruh yang mengambil kira kebajikan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak itu membuktikan bahawa Perdana Menteri mengotakan janjinya.

"Pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) turut memberi peluang kepada lebih 29,000 kontraktor kelas F menjana pendapatan. Peluang seperti ini memang dinanti-nanti rakyat Sarawak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Anggota Parlimen Beluran, Sabah Datuk Ronald Kiandee pula berkata belanjawan itu bukan sahaja seimbang, malah menyentuh semua aspek keperluan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Belanjawan kali ini diharap dilaksanakan dengan segera seperti membekalkan 20,000 tangki menggunakan kaedah tadahan air dengan peruntukan RM50 juta," katanya.

Belanjawan itu turut memperuntukkan RM90 juta untuk membangunkan kemudahan asas dan program penjanaan pendapatan bagi masyarakat Orang Asli.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Datuk Mohd Sani Mistam berharap kerajaan memastikan peruntukan itu dapat disalurkan kepada masyarakat Orang Asli yang berada di pedalaman.

"Kita juga mahu setiap projek yang dirancang seperti pembinaan jalan raya, penyambungan elektrik dan penyediaan bekalan air terawat berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata kira-kira 80 peratus daripada 852 perkampungan Orang Asli di seluruh negara menikmati bekalan elektrik dan air bersih.

Dalam pada itu, penjawat awam dari Sabah, Mohd Hairul Hisham Abdul Rahman, 25, berkata belanjawan itu sememangnya sesuatu yang melegakan kerana penduduk Sabah turut menerima manfaat.

Beliau berharap kerajaan dapat membuka lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan yang dapat merancakkan ekonomi Sabah, selain memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan