Belanjawan 2012 Mesra Rakyat:Pemimpin Negeri

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin negeri menganggap Belanjawan 2012, yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat sebagai belanjawan mesra rakyat selain menjamin pengukuhan ekonomi dan kestabilan politik negara.

Mereka melihat perancangan yang dibuat menerusi belanjawan berjumlah RM232.8 bilion itu amat menyeluruh dan memberi manfaat kepada semua peringkat rakyat.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata belanjawan itu adalah kesinambungan terhadap usaha dan tindakan kerajaan pusat yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) untuk memakmurkan negara.

Beliau berkata belanjawan itu jelas menunjukkan kepentingan dan kebajikan rakyat didahulukan serta kesungguhan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dalam menghadapi cabaran global.

"Saya juga melihat insentif dan inisiatif yang diberikan kepada sektor swasta akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, Jumaat.

Di KUANTAN, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pula berkata elanjawan itu merupakan yang paling hebat dan menyeluruh kerana memberi manfaat epada semua lapisan rakyat.

Di KANGAR, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu gembira kerana belanjawan yang dibentangkan turut memberi penekanan terhadap negeri-negeri yang diancam banjir termasuk Perlis.

Beliau berharap masalah banjir yang sering melanda negeri itu yang menimbulkan keresahan di kalangan rakyat akan dapat ditangani melalui pelaksanaan rancangan tebatan banjir.

Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PerdanaMenteri kerana membentangkan belanjawan 'luar biasa' yang mengandungi suntikan dan insentif yang memberi kelegaan kepada rakyat terutama rakyat golongan berpendapatan sederhana dan rendah termasuk peneroka.

"Ia adalah belanjawan terbaik untuk kesejahteraan rakyat yang menjamin pengukuhan ekonomi dan kestabilan politik negara ini", katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata semua pihak dijangka mendapat manfaat daripada pembentangan belanjawan tranformasi ini yang meliputi pendidikan, sosial, kebajikan dan ekonomi dan kemasyarakatan.

"Pelbagai pendekatan radikal ini sudah tentu menambah baik mutu kehidupan rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Di JOHOR BAHARU, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata rakyat negeri itu bakal menikmati pembangunan infrastruktur yang memberi manfaat terhadap perkembangan ekonomi di negeri itu.

"Beberapa projek infrastruktur seperti landasan berkembar Gemas ke Johor Bahru, Lebuhraya Tangkak ke Segamat, tebatan banjir bandar dan Sungai Segamat dan Lebuhraya Pesisir Johor Bahru ke Nusajaya di Iskandar Malaysia memberi manfaat besar pada rakyat Johor," katanya.

Beliau berkata Belanjawan 2012 itu komprehensif, inklusif dan seimbang serta memperjuangkan kebajikan rakyat dan menyediakan landasan untuk pembangunan ekonomi negara akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan