Usaha Memperkasa KDN Berikutan Pemansuhan Akta Kediaman Terhad:KSU

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan sedang diambil bagi memperkasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) berikutan tindakan kerajaan memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933, kata Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau menyambut baik pembentangan pemansuhan akta itu di persidangan Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu.

"KDN juga sedang mengambil segala langkah yang perlu sebagai persediaan kepada pelaksanaan rang undang-undang baru yang akan menggantikan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, serta Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) apabila kedua-duanya dibentangkan untuk pemansuhan kelak," kata Mahmood dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Mengenai pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933, Mahmood berkata ia "tidak lagi sesuai dan relevan di dalam landskap keselamatan dan ketenteraman awam negara, kesan perubahan zaman dan perkembangan teknologi terkini."

"Situasi dunia tanpa sempadan hari ini telah menghapuskan sekatan fizikal, sekali gus menyebabkan komunikasi antara individu yang dikenakan sekatan dengan rakan-rakan jenayah mereka masih boleh berlaku menerusi pelbagai kaedah telekomunikasi terkini," katanya.

Beliau berkata kini waktunya akta itu dimansuh dan diganti dengan pendekatan baru yang lebih sesuai dan efektif berdasarkan situasi dunia hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan