Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Beri Faedah Menyeluruh - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memperkenalkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diyakini dapat memberi faedah secara menyeluruh kepada kakitangan awam termasuk pesara kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi sistem baru berkenaan akan lebih memberi gambaran jelas mengenai laluan kerjaya termasuk peluang kenaikan gred pekerja di sektor awam.

"Sistem baru ini dapat beri laluan kerjaya yang lebih jelas, laluan peningkatan gred dan gaji yang lebih jelas.

"Umpamanya bagi sektor perguruan, apabila sampai satu tahap, gred mereka boleh naik. Kalau dulu kena tunggu sampai 10 hingga 15 tahun, sekarang cuma lapan tahun sahaja.

"Jadi ini bermana akan ada peningkatan (lebih tersusun). Ia bukan sahaja di sektor pendidikan, tapi juga sektor-sektor lain.

Saya harap dengan cara begini, pegawai dan perkhidmatan awam berpuas hati," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi Bajet 2012 bahawa kerajaan akan memperkenalkan sistem SBPA berteraskan merit yang menjanjikan kenaikan gaji maksimum di setiap gred.

Selain itu kerajaan turut menjanjikan kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM300 mengikut gresd.

Ditanya sama ada sistem baru berkenaan akan disambut baik oleh kakitangan awam, Muhyiddin berkata kerajaan yakin SBPA merupakan kaedah terbaik bagi mentransformasikan perkhidmatan awam di negara ini agar lebih dinamik dan berorientasikan prestasi.

"Berdasarkan pendekatan yang kita ambil, keputusan ini bukan diputuskan begitu sahaja...kita sudah adakan perbincangan dengan banyak pihak termasuk pelbagai kesatuan sekerja di banyak sektor.

"Ini bukanlah keputusan mutlak kerajaan tanpa melakukan kajian atau mendapatkan maklumbalas daripada pelbagai pihak," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan