Reaksi: Sosio Ekonomi Masyarakat Luar Bandar Akan Meningkat - Rafidah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 akan meningkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat luar bandar ketika negara menuju ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau berkata belanjawan setahun yang diumumkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah memberikan pendekatan berbeza ke arah menambah baik gaya hidup masyarakat luar bandar.

"Semua cadangan dalam belanjawan akan merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar dari segi daya saing, ekonomi dan keseluruhan gaya hidup.

"Saya harap kerajaan akan melaksanakan cadangan itu dengan lancar agar masyarakat tidak ketinggalan ketika Malaysia berusaha untuk mencapai status pendapatan tinggi, terutamanya dalam pembangunan segmen prasarana, perumahan dan pendidikan," katanya selepas Najib membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, pada Jumaat.

Mengenai keseluruhan belanjawan, Rafidah, yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkata rancangan setahun itu membuktikan hasrat Perdana Menteri untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa dan serantau terutamanya ketika suasana ekonomi suram di Barat.

"Ia adalah belanjawan yang menyeluruh dan terangkum," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan