Reaksi: Penggiat Sukan Mahu Pembahagian Peruntukan Secara Efektif

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para penggiat sukan mahukan pembahagian yang efektif dan telus daripada keseluruhan peruntukan RM84 juta yang diumumkan kerajaan untuk sektor sukan dalam Belanjawan 2012 pada Jumaat.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata peruntukan itu secara keseluruhannya memberi faedah kepada industri sukan, apatah lagi dengan tambahan RM30 juta untuk tujuan pembangunan.

"Bagaimanapun, macam mana pembahagiannya, implementasinya, kita masih belum tahu. "Jadi saya haraplah supaya pembahagian tersebut akan dijalankan secara efektif supaya persatuan-persatuan sukan kita akan lebih bersemangat untuk mencipta kejayaan," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Kerajaan pada Jumaat dalam Belanjawan 2012 mengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta menjadikan keseluruhan 84 juta bagi program mengasah bakat atlet muda.

Sukan-sukan berprestasi tinggi seperti bola sepak, badminton, skuasy, boling tenpin, terjun, memanah dan lumba basikal turut diberi tumpuan dalam belanjawan tersebut.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai berkata tambahan peruntukan tersebut dilihat tepat pada masanya memandangkan persatuan itu bercadang mengambil jurulatih dari luar negara bagi membimbing beregu lelaki.

"Terima kasih pada kerajaan kerana mengambil kira kepentingan persatuan-persatuan sukan, khususnya badminton.

"Peruntukan ini juga akan memberi peluang kepada para pemain kami untuk menyertai lebih banyak kejohanan di luar negara supaya mereka dapat mencapai ranking yang lebih baik," katanya.

Ng, bagaimanapun, mahu mengetahui lebih terperinci mengenai peruntukan tersebut dan turut berharap pembahagian akan dilaksanakan dengan adil. Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamed pula berkata peruntukan tersebut amat diperlukan dan akan digunakan untuk meraih pingat dalam Temasya Olimpik di London tahun depan.

"Walaupun ada tajaan daripada pihak swasta tetapi ia tidak mencukupi.

"Dengan adanya suntikan ini, para atlet daripada sukan-sukan berprestasi tinggi, khususnya yang akan membawa cabaran negara ke London akan lebih bersemangat dan akan berjuang habis-habisan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan