Reaksi: Pemansuhan Yuran Pendidikan Beri Manfaat Kepada Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menganggap pemansuhan bayaran tambahan bagi sekolah rendah dan menengah mulai sesi persekolahan tahun depan sebagai hadiah amat bermakna buat rakyat.

Presidennya Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan berkata langkah yang julung kali dalam sejarah pendidikan neagra itu menunjukkan kerajaan benar-benar peka dan sensitif terhadap keperluan rakyat.

"Pemansuhan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah menandakan pendidikan rendah dan menengah adalah percuma.

"Ini bermakna kerajaan membiayainya secara keseluruhan, tanpa pembiayaan daripada ibu bapa dan rakyat. Ini juga menunjukkan kerajaan kita benar-benar mahu memberi pendidikan kepada warganegaranya," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2012 mengumumkan pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012.

Pada masa ini, pelajar dikenakan bayaran RM24.50 sen bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, dan insurans takaful, dan pemansuhan bayaran tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Najib berkata langkah itu bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosio-ekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik selain memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata langkah kerajaan memberi bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah merupakan sesuatu yang baru dan membawa impak besar kepada golongan berpendapatan rendah.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu berkata kerajaan mengotakan janjinya untuk menyediakan belanjawan kebajikan rakyat demi mengurangkan beban rakyat.

Katanya peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion bagi Kementerian Pelajaran juga dapat membantu kementerian daripada segi infrastruktur untuk membina sekolah-sekolah baru terutama di bandar raya seperti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang kini sesak.

Alimuddin berkata peruntukan RM1 bilion yang diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan juga boleh membantu sekolah-sekolah terutama di luar bandar dan pedalaman untuk membaiki infrastruktur yang sedia ada.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk N. Marimuthu pula berkata langkah kerajaan memansuhkan bayaran tambahan itu dapat meringankan beban ibu bapa terutama yang mempunyai bilangan anak yang ramai.

Katanya belanjawan kali ini juga benar-benar meliputi keperluan rakyat terutama dalam menangani kos kehidupan yang semakin meningkat.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim pula menyifatkan belanjawan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam soal pembangunan modal insan dan pendidikan berikutan pemansuhan yuran persekolahan, sekaligus menjadikan pendidikan di negara ini diberi secara percuma.

"Kita menyambut baik Belanjawan 2012 yang dilihat lebih kepada mesra rakyat yang dapat membantu meringankan beban dan memastikan anak-anak Malaysia mendapat pendidikan yang sempurna serta memastikan masa depan mereka cerah," katanya kepada Bernama. Jais berkata kerajaan amat prihatin kepada rakyat terutamanya yang kurang berkemampuan apabila memberi bantuan RM100 kepada 5.3 juta pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.

"Ia dapat meringankan beban ibu bapa yang dihimpit masalah kewangan dan golongan ini dapat menarik nafas lega kerana telah mendapat perhatian kerajaan," katanya.

Mengulas mengenai program penerapan dan pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam, beliau berkata program ini boleh memupuk hak inovasi dari usia mentah berikutan pada usia ini, pelajar cenderung untuk menghasilkan idea baru yang lebih kreatif dan inovatif.

"Golongan intelektual muda juga akan dapat mengetengahkan idea serta ciptaan mereka di peringkat lebih tinggi dengan adanya program dan peruntukan yang telah diumumkan Perdana Menteri," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan