Reaksi: MP Kuala Selangor Bantah Pemberian Elaun Tambahan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzukifli Ahmad (PAS) membantah sekeras-kerasnya pemberian elaun tambahan kepada Ahli Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2012 pada Jumaat.

Sebaliknya, beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat memerlukan pegawai penyelidik di Parlimen bagi memperbaiki keupayaan mereka dalam menyampaikan perbahasan yang berkualiti.

"Kami tidak menerima kenaikan elaun itu kerana tidak mahu dituduh bersekongkol dengan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Jumaat.

Mengulas mengenai kenaikan gaji kakitangan kerajaan, Dr Dzulkifli berkata, tindakan itu jelas tidak adil kepada pekerja sektor swasta yang memerlukan gaji minima.

"Pekerja swasta akan tertekan kerana isu gaji minima masih belum diselesaikan sehingga hari ini. Setiap kali, kakitangan awam dinaikkan gaji dan diberi bonus, inflasi akan berlaku yang akhirnya memberi beban kepada semua pihak," tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan kerajaan menaikkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku daripada RM220,000 kepada RM400,000 beliau berkata, ia dikhuatiri akan meningkatkan risiko bebanan hutang kepada golongan berpendapatan kurang RM3,000.

"Apa yang penting sekarang adalah meningkatkan pendapatan rakyat dan bukannya membebankan mereka dengan hutang yang semakin meningkat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan