Penugasan Semula Pekerja Alam Flora Di Selangor Berikutan Kontrak Tamat

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Alam Flora Sdn Bhd telah merangka penyelesaian jangka panjang melalui rancangan penugasan semula pekerjanya di Selangor berikutan langkah kerajaan Selangor menamatkan kontrak syarikat dalam menguruskan sisa pepejal negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Mohd Zain Hassan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata rancangan penugasan semula itu bagi memastikan semua pekerjanya di Selangor tidak dibiarkan menganggur berikutan pemberhentian perkhidmatan syarikat itu bermula 16 Okt ini.

Selangor, Pulau Pinang dan Perak dikecualikan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang dikuatkuasakan pada 1 Sept di Semenanjung Malaysia.

Mohd Zain berkata pihak pengurusan telah memuktamadkan butiran mengenai rancangan penugasan semula itu dan sedang membuat persiapan yang perlu untuk mengumumkan secara rasmi kepada pekerja yang terlibat di seluruh Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan