Luruskan Landasan Bukan Selamatkan Rumah Kenamaan: SPAD

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Khamis menjelaskan tindakan meluruskan landasan Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Damansara dekat Jalan Duta bukan untuk menyelamatkan bunglo milik seorang kenamaan seperti didakwa pihak pembangkang.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Kamal berkata proses meluruskan dibuat kerana landasan asal akan memotong sebidang tanah menjadi dua bahagian yang tidak dapat dicantumkan mengakibatkan beban kerajaan membayar ganti rugi besar di atas kehilangan potensi ekonomi tanah berkenaan.

"SPAD telah menilai laluan ganti yang lain dan bersetuju terhadap pilihan memindahkan luluan asal ke arah hujung lot tanah berkenaan.

"Kerja meluruskan boleh dibuat kerana adanya tanah yang sesuai sebagai ganti. Bagaimanapun lebih penting adalah proses tersebut mengurangkan amoun pengambilan lebih 1,000 meter persegi tanah ditambah pula laluan baharu mengurangkan kerugian pada pemilik kerana baki tanah mempunyai nilai ekonomi," kata Mohd Nur menerusi jawapan pesanan ringkas kepada Bernama.

Beliau menjawab kritikan Anggota Parlimen DAP Tony Pua yang mendakwa SPAD berat sebelah dalam kerja meluruskan terowong MRT berhampiran Damansara untuk mengalih laluan daripada terkena tanah berkenaan. Mengulas lanjut, Mohd Nur berkata banglo di atas tanah itu bukanlah punca proses meluruskan laluan itu dibuat kerana cadangan asal tidak pun melibatkan bangunan berkenaan.

"Sebenarnya memang ada kos bagi kerja meluruskan landasan tetapi ia lebih rendah daripada kemungkinan pembayaran ganti rugi. Dakwaan yang dibuat (oleh Tony Pua) tidak benar dan perkara yang ditanda pada peta sebagai 'rumah VIP' itu semuanya tidak betul," katanya.

Mohd Nur juga menerangkan panjang lebar bagaimana proses meluruskan laluan landasan dibuat termasuk melibatkan penelitian orang ramai dan ia juga dipamerkan selama tiga bulan bagi mendapatkan maklum balas orang awam.

Katanya, antara perubahan dibuat terhadap kerja asal meluruskan landasan ialah di Kajang, Bukit Dukung dan Kota Damansara, manakala lokasi stesen dialihkan di Taman Tun Dr Ismail dan Bukit Bintang.

"Laluan asal melalui kawasan tumpuan penduduk di Kampung Bukit Dukung, Simpang Balak dan Taman Mesra, bagaimanapun pengambilan tanah melibatkan sebuah surau, sekolah dan rumah kediaman serta kedai," jelas beliau.

Di kawasan Bukit Bintang, katanya, dua stesen digabungkan menjadi satu di persimpangan Jalan Bukit Bintang-Jalan Sultan Ismail kerana disatukan dengan monorail di tengah-tengah kawasan komersial. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan