Belanjawan 2012 Jangka Beri Banyak Manfaat Untuk Semua

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia boleh menjangkakan lebih banyak berita baik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pembentangan Belanjawan 2012 pada petang Jumaat.

Keutamaan beliau adalah membantu rakyat yang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup berdasarkan banyak petunjuk yang telah diberikan sejak beberapa minggu lalu.

Menterjemahkan ia sebagai ‘Belanjawan Transformasi untuk Semua Rakyat Malaysia’, Najib dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, terdapat keseimbangan yang memberikan kebaikan kepada pelbagai pihak.

“Belanjawan ini mengenai Kerajaan menunaikan janji untuk memastikan terdapat keadilan sosial di samping mengukuhkan ekonomi bagi kesejahteraan jangka panjang untuk semua.

“Ini selaras dengan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya benar-benar menumpukan pada usaha memantapkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit tetapi tidak melakukannya (pengurangan itu) terhadap semua rakyat.

“Ini merupakan belanjawan transformasi sebenar untuk semua rakyat Malaysia dalam usaha berkenaan akan mengukuhkan matlamat ke arah menjadikan negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

Najib dijangka akan membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen pada pukul 4 petang ini berkata, ia akan memfokuskan dasar-dasar baru untuk menangani kos sara hidup dalam waktu sukar dan memantapkan pendekatan fiskal bagi pengurusan ekonomi negara.

Pelbagai sumbar menterjemahkan Belanjawan 2012 turut mengambil kira ketikdaktentuan ekonomi global dan langkah-langkah yang diambil pada pelbagai peringkat.

Pembentangan itu digambarkan sebagai satu yang ‘menyeluruh’ namun banyak pihak menafikan ia adalah belanjawan pilihan raya bagi meraih lebih banyak pengundi.

“Belanjawan kali ini akan menentukan pergerakan pelan jangka panjang Kerajaan,” kata satu sumber.

Selain kos sara hidup, Belanjawan 2012 turut dijangka akan melibatkan perihal persaraan, perkhidmatan awam, pembangunan luar bandar, rumah mampu milik dan pendidikan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan