Bajet 2012: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia Diperkenal

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) bagi meningkatkan pendapatan boleh guna dan menggalakkan minat melabur di kalangan golongan berpendapatan rendah.

Skim ini akan dikendalikan oleh Permodalan Nasional Bhd dengan kerjasama institusi kewangan terpilih mulai Januari 2012, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, Jumaat.

Skim berkenaan dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 sebulan dan akan memanfaatkan 100,000 isi rumah.

Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan