Bajet 2012: Imbuhan Meluas Kukuhkan Ekonomi Domestik

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumat membentangkan Belanjawan 2012 yang menyediakan insentif menyeluruh bagi mengukuhkan lagi ekonomi domestik. Ia merangkumi pakej rangsangan khas berjumlah RM6 bilion, imbuhan untuk menarik pelaburan dan merancakkan pasaran sukuk Islam perbankan, kewangan dan industri hospitaliti serta sokongan yang amat dinanti-nantikan untuk perusahaan kecil dan sederhana.

Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan mengumumkan yang FELDA Global Ventures Holdings akan disenaraikan menjelang pertengahan tahun depan bagi menghasilkan dana untuk menjadikan FGVH sebuah syarikat berstatus konglomerat global serta pengecualian cukai pendapatan bagi mempercepatkan pembangunan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur KLIFD).

"Penyenaraian FGVH akan mewujudkan sebuah lagi syarikat saham mewah selain daripada menarik pelabur antarabangsa ke Bursa Malaysia," kata beliau dalam ucapan Belanjawan di Dewan Rakyat.

Dalam memastikan proses transformasi ekonomi Malaysia berjalan lancar, Najib berkata 17 subsektor perkhidmatan akan diliberalkan selain daripada peruntukan RM2.5 bilion di bawah dana mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) dengan RM300 juta untuk usahawan Bumiputera.

Bagi mempercepatkan pembangunan lima wilayah koridor, kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta termasuk skim agropolitan di Besut, Terengganu dan projek kelompok perindustrian di Lahat Datu, Sabah serta projek bekalan air Samalaju di Sarawak. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan