Bajet 2012: Caruman Akaun 2 KWSP Daftar Awal Haji

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftar awal untuk menunaikan haji bermula 2012.

Beliau berkata kaedah yang digunakan ialah melalui penghadangan atau 'ring-fencing' Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300.

"Melalui kaedah ini, wang pencarum sejumlah RM1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.

"Dalam hal ini, kerajaan menyedari ramai golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan minima sebanyak RM1,300," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Justeru itu, langkah ini bagi membolehkan bakal jemaah haji mendaftar awal, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan