Bajet 2012: Bantuan RM7,560 Kepada Pemilik Teksi Bajet Dan Kereta Sewa

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilik teksi bajet persendirian bakal menerima pelbagai bantuan yang dianggarkan bernilai RM7,560 menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2012, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata antara bantuan yang akan diberikan adalah pemansuhan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian serta pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

"Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat beban yang ditanggung oleh pemilik teksi persendirian akibat kos operasi yang meningkat. Tambahan pula, sebahagian besar teksi yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi.

"Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini, pemandu teksi dapat memberi perkhidmatan lebih berkualiti, mesra pelanggan dan sekaligus menaikan imej negara yang mesra pelancong," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Perdana Menteri berkata bantuan lain termasuklah pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.

Beliau juga berkata pemandu teksi yang membuat pinjaman penuh bagi memiliki teksi baru buatan tempatan akan menikmati pemberian subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus.

"Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2012," katanya.

Najib berkata pemandu teksi yang membeli kereta baru buatan tempatan dalam tempoh dua tahun mulai awal tahun depan bakal diberi bantuan bagi melupuskan teksi lama milik mereka.

Bantuan sebanyak RM3,000 diberikan bagi melupuskan teksi lama yang berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun, manakala pemilik teksi yang berusia 10 tahun ke atas akan menerima bantuan sebanyak RM1,000, katanya.

Perdana Menteri berkata kesemua bantuan tersebut akan turut dipanjangkan kepada pemilik kereta sewa persendirian. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan