Usaha Memperkasa Kementerian Dalam Negeri Berikutan Pemansuhan Akta Kediaman Terhad - KSU

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan sedang diambil bagi memperkasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) berikutan tindakan kerajaan memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933, kata Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau menyambut baik pembentangan pemansuhan akta itu di persidangan Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu. "KDN juga sedang mengambil segala langkah yang perlu sebagai persediaan kepada pelaksanaan rang undang-undang baru yang akan menggantikan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, serta Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) apabila kedua-duanya dibentangkan untuk pemansuhan kelak," kata Mahmood dalam satu kenyataan di sini pada Khamis. Mengenai pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933, Mahmood berkata ia "tidak lagi sesuai dan relevan di dalam landskap keselamatan dan ketenteraman awam negara, kesan perubahan zaman dan perkembangan teknologi terkini." "Situasi dunia tanpa sempadan hari ini telah menghapuskan sekatan fizikal, sekali gus menyebabkan komunikasi antara individu yang dikenakan sekatan dengan rakan-rakan jenayah mereka masih boleh berlaku menerusi pelbagai kaedah telekomunikasi terkini," katanya.

Beliau berkata kini waktunya akta itu dimansuh dan diganti dengan pendekatan baru yang lebih sesuai dan efektif berdasarkan situasi dunia hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan