Undang-Undang Ganti ISA Tekan Soal Hak Asasi Manusia & Keselamatan Negara - Gani Patail

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata orang ramai perlu memberi peluang kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuktikan dirinya bagi menghasilkan dua perundangan baru dalam menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang akan menekankan mengenai hak asasi awam dan keselamatan negara.

Salah satu perundangan baru itu akan menangani jenayah sementara yang satu lagi akan menyasarkan keganasan dan pergerakan subversif, katanya selepas menyampaikan syarahan bertajuk "The Current Issues on Preventive Laws" di Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, Rabu.

Beliau berkata pada masa ini, Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada tiga orang bekas Ketua Hakim dan dua orang peguam yang mempunyai pengalaman luas dalam isu tersebut, untuk meneliti dua cadangan perundangan tersebut.

Jawatankuasa itu sedang membuat kajian, termasuk mengkaji perundangan daripada negara anggota Komanwel yang maju dan Kesatuan Eropah seperti Denmark, untuk membentuk undang-undang baru itu, katanya.

Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara akan mendapat pandangan daripada pakar perundangan daripada Amerika Syarikat yang menderaf Akta Patriot dan para peguam yang mengamalkannya, selain wakil dari Queen Counsel dari United Kingdom.

Selain dari perspektif antarabangsa, beliau berkata jawatankuasa itu juga mengambil kira pandangan tempatan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan agensi penguatkuasaan kerajaan termasuk polis, semasa merangka undang-undang pencegahan itu.

Beliau berkata undang-udang baru itu akan melindungi hak asasi manusia, bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga hak agensi penguatkuasa kerajaan semasa melindungi keselamatan negara.

Cabaran lain ialah bagaimana untuk menjadikan undang-undang itu jelas dan difahami oleh rakyat Malaysia dan juga agensi kerajaan, katanya.

"Malah untuk mendapat definisi yang sesuai untuk keganasan dan tempat awam adalah sukar, tetapi ia mesti ditangani untuk menjadikan undang-undang jelas untuk setiap orang," katanya.

Abdul Gani berkata pada masa depan, beliau mahu mengkaji semula hukuman mati di dalam undang-undang Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan