Ubat Batuk Sebabkan Ibrahim Ali Tertidur Di Dewan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah gambarnya tertidur semasa Dewan Rakyat bersidang semalam disebarkan dalam Internet, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada Khamis menjelaskan bahawa beliau terlelap seketika akibat mengambil ubat disebabkan demam dan tidak sihat.

"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat. "Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan Perkasa (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar," katanya pada persidangan dewan itu pada Khamis.

Ibrahim yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011, berkata beliau kasihan dengan individu yang cuba menyerangnya menerusi penyebaran gambar itu, sedangkan umum tahu beliau merupakan antara Anggota Parlimen yang aktif.

"Kalau nak burukkan saya pun carilah isu yang munasabah, tetapi apa pun serangan, ini merupakan penghormatan kepada saya," katanya sambil tertawa.

Perbuatan mengambil gambar Ibrahim itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berkata ianya adalah satu kesalahan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan