SPAD: Dakwaan Pembangkang Tidak Benar

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjelaskan tindakan meluruskan landasan Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Damansara dekat Jalan Duta bukan untuk menyelamatkan bunglo milik seorang kenamaan seperti didakwa pihak pembangkang. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Kamal berkata, proses meluruskan landasan itu dibuat kerana landasan asal akan memotong sebidang tanah menjadi dua bahagian yang tidak dapat dicantumkan mengakibatkan beban kerajaan membayar ganti rugi besar di atas kehilangan potensi ekonomi tanah berkenaan.

"SPAD telah menilai laluan ganti yang lain dan bersetuju terhadap pilihan memindahkan luluan asal ke arah hujung lot tanah berkenaan.

"Kerja meluruskan boleh dibuat kerana adanya tanah yang sesuai sebagai ganti. Bagaimanapun lebih penting adalah proses tersebut mengurangkan jumlah pengambilan lebih 1,000 meter persegi tanah ditambah pula laluan baharu mengurangkan kerugian pada pemilik kerana baki tanah mempunyai nilai ekonomi," kata Mohd Nur menerusi jawapan pesanan ringkas kepada Bernama pada Khamis.

Beliau menjawab kritikan Anggota Parlimen DAP, Tony Pua yang mendakwa SPAD berat sebelah dalam kerja meluruskan terowong MRT berhampiran Damansara untuk mengalih laluan daripada terkena tanah berkenaan. Mengulas lanjut, Mohd Nur berkata, bunglo di atas tanah itu bukanlah punca proses meluruskan laluan itu dibuat kerana cadangan asal tidak pun melibatkan bangunan berkenaan.

"Sebenarnya memang ada kos bagi kerja meluruskan landasan tetapi ia lebih rendah daripada kemungkinan pembayaran ganti rugi. Dakwaan yang dibuat (oleh Tony Pua) tidak benar dan perkara yang ditanda pada peta sebagai 'rumah VIP' itu semuanya tidak betul," katanya.

Mohd Nur juga menerangkan panjang lebar bagaimana proses meluruskan laluan landasan dibuat termasuk melibatkan penelitian orang ramai dan ia juga dipamerkan selama tiga bulan bagi mendapatkan maklum balas orang awam.

Katanya, antara perubahan dibuat terhadap kerja asal meluruskan landasan ialah di Kajang, Bukit Dukung dan Kota Damansara, manakala lokasi stesen dialihkan di Taman Tun Dr Ismail dan Bukit Bintang.

"Laluan asal melalui kawasan tumpuan penduduk di Kampung Bukit Dukung, Simpang Balak dan Taman Mesra, bagaimanapun pengambilan tanah melibatkan sebuah surau, sekolah dan rumah kediaman serta kedai," jelas beliau.

Di kawasan Bukit Bintang, katanya, dua stesen digabungkan menjadi satu di persimpangan Jalan Bukit Bintang-Jalan Sultan Ismail kerana disatukan dengan monorail di tengah-tengah kawasan komersial.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan