Sasaran 30 Peratus Wanita Sebagai Pembuat Keputusan Akan Dicapai

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sasaran untuk meletakkan 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan (decision maker) dalam sektor swasta menunjukkan perkembangan bertambah baik, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Katanya, golongan wanita telah pun berada dalam kelompok pembuat keputusan di beberapa buah syarikat swasta seperti Maybank dan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Sasaran tersebut menunjukkan isyarat positif dan berjalan dengan lancar sekali gus menggambarkan telah wujud kesedaran di kalangan swasta terhadap sumbangan wanita, kata Shahrizat kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita 2011 di sini, Khamis. Katanya, sasaran itu membolehkan wanita yang berkelayakan dan berpengalaman mendapat kedudukan yang lebih baik yang sebelum ini banyak dikuasai lelaki. Sasaran berkenaan itu pernah diulas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi lebih peluang kepada wanita dan bukan satu bentuk kuota. Shahrizat memuji kerajaan Negeri Sembilan yang aktif dan terbuka dalam melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti wanita di negeri ini. Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NWCO) Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan