Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Pungut Cukai Bernilai RM426 Juta Hingga September

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) mengutip cukai tanah dan hasil sebanyak RM426 juta hingga 31 September lepas, berbanding RM400 juta tahun lalu.

Pengarahnya Hasim Ismail berkata peningkatan itu disebabkan beberapa insentif baru yang dilaksanakan untuk kemudahan pembayar cukai, selain promosi.

"Dengan prestasi seperti ini, saya jangka sehingga hujung tahun ini, kita dapat meningkatkan pungutan hasil sehingga RM500 juta," katanya kepada pemberita, di sini, Khamis.

Hasim berkata antara insentif kepada pembayar ialah pengurangan premium dan premium lanjutan kepada pemaju yang menjelaskan bayaran premium mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Katanya pengurangan lima peratus juga diberikan kepada pembayar cukai yang melakukan transaksi secara dalam talian.

"Jumlah kutipan menerusi online pada tahun ini adalah 15 peratus, meningkat berbanding 10 peratus tahun lalu. Kita harap urusan dalam talian ini akan terus meningkat dengan sasaran sehingga 40 peratus pada 2015," kata Hasim. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan