Panel Bagi Tentukan Caj Perkhidmatan Pos Akan Diwujudkan

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu panel khas akan diwujudkan untuk menentukan kadar fii dan caj bagi perkhidmatan pos dan industri kurier, apabila Rang Undang-Undang Perkhidmatan Pos 2011 dikuatkuasakan kelak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat pada Khamis, beliau berkata berdasarkan Seksyen 100(h), menteri atas syor Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kuasa untuk menetapkan fii dan caj bagi perkhidmatan pos dan kurier. "Kadar yang ditentukan kelak hendaklah mendapat maklum balas persatuan pengguna dan badan-badan yang bertanggungjawab terhadap kepentingan awam," katanya.

Mengenai kadar setem, yang ditimbulkan oleh beberapa anggota Parlimen ketika perbahasan, Rais berkata ia dikawal oleh SKMM dan ditentukan berasas kepada beberapa prinsip.

"Ini termasuk kadar yang adil dan tidak berdiskriminasi, berorientasikan kos dan tidak memudaratkan peluang pesaingan pemegang lesen yang lain. Ia juga harus mengambil kira standard kadar yang disyorkan oleh sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai Malaysia berhubung perkhidmatan pos," katanya.

Akta Perkhidmatan Pos 2011 bertujuan menggantikan Akta Perkhidmatan Pos 1991 dan membuat peruntukan-peruntukan baru untuk mengawal selia dengan lebih baik industri perkhidmatan pos.

Ia juga bertujuan menggalakkan pembangunan industri yang teratur dan melindungi perkhidmatan pos sejagat dalam persekitaran yang semakin kompetitif. Cadangan rang undang-undang itu juga bagi memperluaskan kuasa SKMM sebagai instrumen perundangan dan kawal selia yang lebih komprehensif bagi memastikan kepentingan rakyat dan negara terus terpelihara selepas perkhidmatan pos diswastakan sepenuhnya.

Dengan penguatkuasaan akta itu kelak akan menjadikan Malaysia negara terawal di dunia menswastakan sepenuhnya perkhidmatan pos setelah kerajaan melalui Khazanah Nasional Berhad melupuskan kepentingan 32.21 peratus ekuiti dalam Pos Malaysia Berhad.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan tanpa sebarang pindaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan