Ku Li Tidak Keberatan Video 'Undilah' Ditarik Balik

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak keberatan jika video pengumuman khidmat pesanan awam 'Undilah' yang dikatakan mengandungi babak tidak disenangi ramai, ditarik balik.

"Bagi orang yang nak haramkan video itu kalau dia ada kuasa, dia haramkanlah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.

Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh yang muncul dalam video itu, yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional dan pakatan Parti Keadilan Rakyat-PKR-PAS, artis tempatan dan ahli sukan.

Video selama 4.38 minit arahan pemuzik Pete Teo yang boleh diakses di laman 'Youtube' dan dilancarkan sempena Hari Malaysia itu menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.

Tengku Razaleigh berkata beliau secara peribadi berpendapat video itu mempunyai mesej yang bagus untuk masyarakat. "Saya diminta bagi kenyataan untuk seru rakyat mendaftar (sebagai pemilih)... terutama sekali banyak muda-mudi golongan Melayu tak daftar, tapi kaum Cina ramai, jadi saya tampil ke depan," katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk siaran, dan yang sedemikian, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan