Kompleks Tabung Haji Alor Setar Siap Menjelang 2013 - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kompleks Haji Alor Setar bukan sahaja akan meningkatkan lagi perkhidmatan kepada para bakal jemaah, malah bakal menjadi bisnes strategik Lembaga Tabung Haji (TH) selepas pembinaanya siap sepenuhnya menjelang 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kompleks bernilai RM86 juta itu terletak di lokasi sangat strategik iaitu lebih kurang satu kilometer (km) dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dekat sini dan 10 km daripada bandar raya Alor Setar.

"Kompleks yang menyediakan kemudahan hotel bertaraf empat bintang dengan kadar bayaran tiga bintang ini akan dapat menjana pendapatan untuk Tabung Haji melalui sektor pelancongan dan hospitaliti.

"Kompleks ini akan menjadi persinggahan yang strategik dan perkhidmatan pengurusan jemaah haji di zon utara khususnya Kedah dan Perlis juga akan menjadi lebih teratur," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pecah tanah projek kompleks tersebut hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata, projek kompleks haji berkenaan juga membuktikan TH sentiasa mencari jalan untuk menambah baik perkhidmatan pengurusan hajinya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail memberitahu projek yang dibangunkan di atas sebidang tanah seluas lebih empat hektar itu akan dilengkapi dengan 210 unit bilik serta pusat konvensyen yang mampu memuatkan lebih 1,500 orang.

Beliau berkata, kompleks berkenaan juga akan dilengkapi dengan kolam renang berasingan untuk lelaki dan wanita bagi memastikan keselesaan tetamu kompleks itu.

"Kompleks Haji Alor Setar akan digunakan untuk urusan operasi dan penerbangan haji semasa musim haji secara terus ke Jeddah dan Madinah tanpa perlu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

"Konsep senibina Islam moden diterapkan dan digabungkan dengan ciri-ciri moden tropika. Reka bentuk landskap pula berkonsepkan kontemporari tropikal, komposisinya ringkas dan kemas sesuai dengan fungsi setiap ruang dan mengharmonikan keseluruhan kawasan bangunan," katanya.

Katanya, semasa operasi haji, kompleks itu akan dilengkapi dengan kemudahan seperti ruang khas dan terkawal untuk urusan ketibaan jemaah, pendaftaran, pemeriksaan kesihatan, pengendalian beg, imigresen, sesi taklimat, bilik operasi TH dan bilik kenamaan.

Selain di Alor Setar, dua lagi kompleks haji sedang dibina iaitu berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dijangka siap pada 2014 dan di Terengganu dijangka beroperasi pada 2012. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan