Kini Hanya Setahun Perkhidmatan Wajib Untuk Ahli Farmasi

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Kesihatan Datuk Sri Liow Tiong Lai mengetuk gong sebagai simbolik perasmian Sidang Kemuncak Injap Jantung Kuala Lumpur 2011 (KL Valve Summit 2011) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, Khamis. Turut kelihatan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) selaku Pengerusi Pengelola Tan Sri Datuk Seri Dr Robaayah Zambahari (kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Dr Azhari Yakub (tengah). - Foto oleh LOW LAY PHON
Menteri Kesihatan Datuk Sri Liow Tiong Lai mengetuk gong sebagai simbolik perasmian Sidang Kemuncak Injap Jantung Kuala Lumpur 2011 (KL Valve Summit 2011) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, Khamis. Turut kelihatan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) selaku Pengerusi Pengelola Tan Sri Datuk Seri Dr Robaayah Zambahari (kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Dr Azhari Yakub (tengah). - Foto oleh LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Berita baik untuk semua pemegang biasiswa kerajaan dalam bidang farmasi - mereka kini hanya diwajibkan berkhidmat dengan kerajaan selama setahun sahaja berbanding tiga tahun sebelum ini.

Amalan sekarang mewajibkan perkhidmatan wajib tiga tahun untuk semua ahli farmasi di hospital awam selepas tamat belajar.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan bahawa peraturan baru itu telah pun mendapat kelulusan kabinet awal September lalu.

Bagaimanapun kata Liow, latihan dalam perkhidmatan selama setahun sebelum bermulanya perkhidmatan wajib masih dikekalkan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian Sidang Kemuncak Injap Jantung Kuala Lumpur 2011 (KLVS 2011) anjuran Institut Jantung Negara di Hotel Hilton, di sini, Khamis, Liow turut menyeru sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu mencapai sasaran untuk menurunkan kadar penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini menjelang 2025.

Beliau berkata, berdasarkan hasil persidangan berkenaan NCD bersama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, kadar NCD global dijangka akan terus meningkat kepada 17 peratus menjelang 2025.

Katanya, usaha untuk mengurangkan kadar NCD kepada 15 peratus tidak hanya melibatkan kementeriannya dan kerajaan semata-mata tetapi kesedaran orang ramai tentang cara hidup dan pemakanan yang sihat.

“Jika kita tidak melakukan sebarang pencegahan sekarang, kadar NCD akan terus meningkat kepada 17 peratus menjelang 10 atau 15 tahun akan datang.

“Kita mempunyai perancangan untuk menurunkan kadar NCD negara dan telah menyasarkan kadar penurunan kepada 15 peratus menjelang 2025 dan Malaysia juga menuju ke arah itu,” katanya.

Liow berkata, kerajaan bukan saja meletakkan sasaran untuk menurunkan kadar NCD di kalangan rakyat malah turut menggariskan perancangan menerusi langkah-langkah dan program tertentu bagi mencapai sasaran tersebut.

“Kita akan membuat perancangan untuk menurunkan kadar NCD ini. Langkah-langkah dan program tertentu akan digunakan untuk mencapai sasaran itu.

“Kadar kematian yang berpunca daripada NCD adalah sebanyak kira-kira 60 peratus rakyat berusia di bawah usia 60 tahun di negara ini dan kadar ini adalah sangat tinggi,” katanya.

Persidangan WHO telah menggariskan empat langkah pencegahan bagi menurunkan kadar NCD di kalangan masyarakat iaitu diet yang sihat, aktiviti fizikal dan perubahan cara hidup, memerangi tembakau dan menurunkan kadar penyalahgunaan alkohol.

“Kementerian telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai Perdana Menteri bersama 10 kementerian lain untuk mengeluarkan 10 polisi dan peraturan yang berkaitan bagi memerangi NCD.

“Usaha ini perlu mendapat kerjasama daripada kementerian-kementerian lagi kerana ia adalah isu yang besar dan serius,” katanya.

Ditanya tentang Bajet 2012, Liow berharap kementeriannya akan menerima peruntukan yang lebih besar daripada bajet kali ini.

Katanya, peruntukan tersebut dijangka dapat membantu untuk menaik taraf status dan perkhidmatan kira-kira 2,000 Klinik Desa di seluruh negara.

Perkara yang dicadangkan ialah menempatkan seorang Pembantu Perubatan di setiap Klinik Desa untuk memberi rawatan serta preskripsi ubatan kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Klinik Desa kini hanya diuruskan jururawat yang membantu memberikan rawatan kepada komuniti desa.

“Klinik-klinik ini di kawasan luar bandar bukan hanya memberikan rawatan kepada penduduk setempat tetapi juga memberikan pendedahan kepada bahaya penyakit berbahaya dan klinik ini juga mampu mengesan penularan beberapa penyakit dengan lebih awal,” katanya.

Beliau juga berkata, selain peningkatan fasiliti dan pengurusan, waktu operasi klinik desa juga dapat dilanjutkan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti desa.

Persidangan KLVS 2011 yang akan berlangsung sehingga Sabtu ini disertai 400 peserta termasuk dari luar negara yang akan membincangkan mengenai teknologi terbaru dalam bidang pembedahan jantung dan injap jantung.

Persidangan itu turut memperkenalkan beberapa prosedur baru dalam pembedahan kardiothorasik yang akan dipamerkan secara langsung kepada semua peserta.

Ia diadakan buat pertama kali pada 2009.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan