Kerajaan Terus Lindungi Hak Pekerja - Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menindas pihak pekerja di negara ini sebaliknya akan terus melindungi kebajikan mereka menerusi Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua pada Khamis.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, dari masa ke masa, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan bersama dengan pelbagai kesatuan sekerja termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berhubung masalah yang dihadapi oleh tenaga kerja di negara ini.

"Walaupun kita membuat beberapa pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955, ia bukan bermakna kita tidak menjaga kepentingan pekerja sebaliknya ia (pindaan) bertujuan untuk melindungi mereka.

"Apa yang disuarakan oleh kesatuan sekerja sebelum ini, semuanya diambil kira oleh pihak kementerian sebelum kita membuat pindaan...apa yang kerajaan buat adalah untuk kepentingan pekerja di negara ini," katanya di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama kepemimpinan MTUC, yang dihadiri Presidennya, Mohd Khalid Atan dan Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW), A. Navamukundan.

Sementara itu, Subramaniam berkata, pihaknya juga akan meneliti secara terperinci cadangan bagi membolehkan pekerja asing turut menyertai kesatuan sekerja.

"Tiada masalah untuk pekerja asing menyertai kesatuan sekerja kerana ketika ini kira-kira 10,000 pekerja asing di sektor perladangan sudah menjadi ahli NUPW.

"Kemungkinan selepas ini, boleh diperluaskan ke sektor lain...kita tidak menentang perkara ini kerana ia juga adalah salah satu usaha untuk menjaga kebajikan pekerja," katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, pihaknya menyambut baik perkara itu dan sedia berbincang dengan kementerian bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

"Masih belum ada sebarang kata putus mengenainya, tapi kita akan terus berbincang agar ia dapat dilaksanakan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan