Hanya 181,534 Berdaftar Sebagai Penderma Organ

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia didapati kurang menjadi penderma organ apabila hanya 0.64 peratus atau 181,534 orang daripada 28 juta penduduk negara ini berdaftar sebagai penderma organ sejak 1997.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendermaan Organ Tan Sri Lee Lam Thye berkata daripada jumlah itu, hanya 342 orang berjaya menjalankan pembedahan organ termasuk 33 orang sebagai penderma kardaverik iaitu menderma selepas mati tahun ini.

"Menerusi laporan Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur, seramai 14,037 pesakit sedang menunggu bantuan organ," katanya pada sidang media sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat Kebangsaan 2011, yang akan berlangsung dari 16 hingga 24 Okt ini, di sini, Khamis.

Beliau berkata kira-kira 14,013 pesakit memerlukan bantuan organ buah pinggang dan bakinya memerlukan paru-paru, hati dan jantung.

Daripada jumlah penderma yang berdaftar, katanya kaum Cina mendahului dengan 55.29 peratus, India (24.25 peratus) dan Melayu (17.64 peratus).

Namun, kata Lee peningkatan penderma daripada kalangan kaum Melayu telah meningkat kepada 6,412 orang mulai Januari hingga September tahun ini berbanding 4,275 orang tahun lepas.

Mengenai Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat Kebangsaan 2011, beliau berkata Kementerian Kesihatan menyasarkan generasi muda berusia antara 15 dan 25 tahun untuk berdaftar sebagai penderma. "Mendidik masyarakat lebih awal mengenai kepentingan menderma adalah penting dan penderma juga perlu memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa mereka telah berdaftar," katanya.

Kempen bertema '1Malaysia 1Harapan: Dermalah Organ Demi Kehidupan' itu turut mengadakan aktiviti seperti walkathon, seminar, Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 'Jariah Alat Ganti' dan Khutbah Jumaat bertajuk 'Pendermaan Organ' di Masjid Negara. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan