Bersih: Polis Lepas 262 Gas Pemedih Mata

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 226 butir gas pemedih mata jenis Tear Smoke Shell (TS Shell) dan 36 butir jenis Tear Smoke Grenade (TS Grenade) dilepaskan bagi meleraikan perhimpunan haram Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kedua-dua jenis gas pemedih mata tersebut menelan kos sebanyak RM22,885.76.

"Kos sebutir gas pemedih mata jenis TS Shell adalah RM79.76 manakala jenis TS Grenade ialah RM135 sebutir.

"Kedua-dua jenis gas pemedih mata ini diperbuat oleh Syarikat ALS Technologies Inc. dari Amerika Syarikat," katanya menerusi jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui jumlah gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah penyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.

Selain itu Hishammuddin berkata, jumlah orang awam yang ditahan kerana menyertai perhimpunan tersebut ialah 1,509 orang iaitu 1,412 daripadanya adalah lelaki dan 97 adalah perempuan.

"Daripada jumlah itu, seramai 1,435 adalah Melayu, 21 orang Cina, 29 orang India dan 24 daripada lain-lain keturunan.

"Mengikut pecahan umur pula, seramai 761 orang adalah di bawah lingkungan umur di antara 11 hingga 35 tahun, seramai 645 orang adalah di bawah lingkungan 36 hingga 60 tahun manakala selebihnya iaitu seramai 103 orang adalah berumur 61 tahun ke atas," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan