Belanjawan 2012: ‘Saya Mahu Lebih Banyak Buku Dan Hiburan’

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Jangan bertanya kepada kanak-kanak tadika apa yang mereka mahu dalam Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Perkataan belanjawan pasti terlalu sukar untuk difikirkan dan difahami oleh mereka.

Namun jika anda bertanya apa yang mereka mahukan daripada orang kaya, Chong Yeh Yee kanak-kanak berusia enam tahun ini dengan pantas menjawab: “Saya mahu lebih banyak buku! Dan tadika yang lebih besar.”

“Saya suka membaca dan bila dah besar saya hendak jadi seorang doktor macam kakak saya,” kata kanak-kanak yang menuntut di Tadika Sri Harmoni ini pada bengkel anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA ) pada Rabu.

Bagi, R, Mogilraaj, enam tahun pula, dia berharap ‘orang yang mempunyai banyak wang’ dapat membawanya melancong ke Disneyland.

"Saya hanya pernah naik kereta bumper dan naik kuda pusing di pesta keriangan.

"Saya hendak pergi ke Disneyland untuk berjumpa dengan watak kartun kegemaran saya,” katanya.

Sementara itu, rakan sekelasnya, Nur Nabihah Jamd berharap agar lebih banyak taman permainan akan dibina berhampiran dengan rumahnya.

"Buaian dan papan jongkang jongkit yang terdapat di padang permainan berhampiran rumah saya sudah berkarat. Saya berharap akan dapat yang baru.

"Saya juga mahu satu kawasan padang yang dipenuhi dengan rumput untuk memudahkan saya bermain dengan rakan-rakan selepas waktu sekolah,” katanya

Penganjur bengkel berkenaan, Liew Siew Hui berkata, inisiatif penganjuran program tersebut adalah bagi mendidik kanak-kanak tentang wang serta kepentingan untuk menyimpannya.

"Kita tahu ramai ibu bapa yang mudah mengalah dengan kerenah serta membelikan apa yang dimahukan oleh anak mereka.

"Kita berharap dengan adanya bengkel seperti ini kita dapat mendidik serta memberi pendedahan awal mengenai bidang kewangan kepada kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun sejak diperingkat awal lagi,” katanya.

Liew berkata bengkel selama dua jam itu turut menyentuh mengenai keperluan asas, pentingnya menyimpan wang serta berkongsi dengan golongan yang kurang berkemampuan.

Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada 20 bengekel yang diadakan di Semenanjung Malaysia.

Ia dijangka berakhir penghujung bulan ini.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan