Tukang Masak Kumpul Wang 10 Tahun Untuk Tunai Haji

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang tukang masak, Rohmah Husin yang menyimpan wang gajinya sejak 10 tahun lepas bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Rohmah, 63, berasal dari Yan, Kedah yang berkerusi roda kerana tidak boleh berjalan ekoran kakinya bengkak dan sakit jantung berlepas ke tanah suci bersama anaknya, Ahmad Muslim Mustafa, 38.

"Sudah lama makcik mengumpul wang dan tunggu untuk menunaikan haji, bila tahun ini dapat pergi tak tau nak cakap apa... sangat gembira.

"Makcik harap diberikan kesihatan yang baik agar dapat mengerjakan haji dengan sempurna di sana nanti," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Meraikan keberangkatan 447 Jemaah Kumpulan Pertama Haji Stesen Bayan Lepas, di sini, Rabu.

Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Sharif serta Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air Ahmad Ruzman Ahmad Rozali.

Sementara itu, Ahmad Ruzman berkata lapan penerbangan membawa jemaah haji ke tanah suci Mekah mula beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, Rabu.

Beliau berkata penerbangan dari LTAPP melibatkan 3,576 jemaah haji zon utara iaitu dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

"Setiap penerbangan yang membawa 447 jemaah itu menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia dengan penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah. Penerbangan terakhir dari Pulau Pinang pada 19 Oktober ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan