Shaziman Tinjau Petugas Media Di Lobi Parlimen

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor pada Rabu meluangkan masa meninjau keadaan di lobi bangunan sementara Parlimen yang menjadi lokasi petugas media mengikuti persidangan Dewan Rakyat.

Menteri diiringi beberapa pegawai sempat bermesra dengan beberapa petugas media dan bertanyakan keselesaan mereka dan sebarang kesulitan yang dihadapi ketika bertugas di bangunan tersebut.

Antara masalah yang dikemukakan kepada beliau adalah kekurangan tempat duduk, meja, plag sambungan elektrik dan mutu audio yang kurang memuaskan menyebabkan sukar petugas media mengikuti persidangan dewan.

Turut dibangkitkan adalah ruang sidang media yang agak sempit.

Shaziman kemudian mengarahkan pegawainya membantu petugas media menyediakan secepat mungkin apa-apa peralatan tambahan yang diperlukan. "Kalau tidak selesa buat sidang media di sini, mungkin boleh juga buat di luar atau minta sahaja menteri ke lobi yang lama," beliau mencadangkan.

Turut meninjau keadaan para petugas media adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Dewan baru yang terletak di belakang bangunan Parlimen itu sebelum ini tempat kemudahan riadah, kini dijadikan bangunan utama untuk persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pertukaran tempat persidangan itu berikutan kerja membaik pulih bangunan Parlimen. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan