Pusat Khidmat Aduan Pengguna Terima 34,381 Aduan Tahun Lepas

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 34,381 aduan daripada pengguna mengenai pembelian barangan dan perkhidmatan yang membabitkan kerugian sebanyak RM250 juta pada tahun lepas.

Pengerusi Lembaga Pengarah NCCC Datuk N.Marimuthu berkata angka itu mencatatkan peningkatan sebanyak 6.2 peratus berbanding 32,369 aduan pada 2009 dengan kerugian RM150 juta.

"Ini jelas menunjukkan bahawa perhatian yang serius perlu diberikan untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kepada pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Pelancaran Laporan Tahunan 2010 NCCC, di sini, Rabu.

Beliau berkata berdasarkan laporan NCCC 2010, jumlah terbesar aduan iaitu sebanyak 3,102 adalah aduan melibatkan kategori komunikasi dan multimedia terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

"Aduan ini meningkat kerana masyarakat hari ini semakin ramai menggunakan perkhidmatan tersebut seperti broadband dan internet, jadi timbul pelbagai masalah terutamanya melibatkan perkhidmatan," katanya.

Selain itu, aduan kategori kualiti produk dan perkhidmatan mencatatkan kedua tertinggi iaitu 2,523 diikuti dengan sewa beli (2,506), institusi kewangan (2,376) dan automobil (2,244).

Marimuthu berkata semua aduan pengguna akan diberikan perkhidmatan tanpa mengharapkan ganjaran melainkan keadilan kepada pengguna.

"Kita akan terus membantu mendidik dan memberikan sokongan kepada industri dan kerajaan. NCCC juga akan menjadi pusat kecemerlangan tempatan dalam menyelesaikan pertikaian antara pengguna dan industri itu sendiri," katanya.

Sementara itu, berhubung pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini, Marimuthu yang juga Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengharapkan kerajaan dapat memberi tumpuan dalam bidang ekonomi, sosial dan pengangkutan awam.

"Saya berharap Belanjawan 2012 ini akan memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada daripada sektor awam atau swasta," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan