PR Belum Setuju Agihan Kerusi Parlimen Di Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang terdiri PKR-DAP-Pas belum mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang walaupun setelah dua perbincangan diadakan.

Beberapa sumber berkata punca utama ialah tuntutan DAP dan PKR untuk bertanding beberapa kerusi yang sama manakala Pas pula menyasarkan kawasan-kawasan tertentu yang juga menjadi pilihan PKR.

Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng memberitahu Bernama bahawa walaupun kata sepakat belum dicapai, perkara itu boleh diselesaikan kerana beberapa lagi perbincangan akan diadakan.

"Ada beberapa kerusi yang menyaksikan tuntutan bertindih tetapi PKR Sarawak kata mereka akan menyerahkan kepada kepimpinan pusatnya untuk berunding dengan kita," katanya.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, ketika dihubungi, berkata beliau yakin sebarang isu dapat diselesaikan menjelang pilihan raya umum kelak.

DAP dan PKR masing-masing menyasarkan untuk bertanding antara 12 dan 15 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak manakala Pas dijangka bertanding di tiga kawasan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan