Pembangkang Fail Usul Bincang Salah Laku Hakim Mahkamah Rayuan

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60 ahli Parlimen Pakatan Rakyat memfailkan usul tergempar agar Dewan Rakyat membincangkan mengenai dakwaan tindakan plagiat penghakiman oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak.

Wakil kumpulan ahli Parlimen pembangkang, Karpal Singh (DAP-Gelugor) mendakwa Abdul Malik memplagiat penghakiman bekas Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, G.P Selvam dalam satu kes hak cipta.

Abdul Malik didakwa melakukan salah laku berkenaan ketika menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Johor.

"Beliau memplagiat pada atau lebih kurang awal tahun 2000. Ia jelas merupakan satu salah laku serius yang memburukkan nama sistem kehakiman Malaysia," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, Selasa.

Notis berkenaan difailkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah pagi Selasa di bawah Peraturan Mesyuarat 27 yang dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 36(8) dan Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi usul itu, kumpulan ahli Parlimen berkenaan turut menyeru Perdana Menteri menggunapakai peruntukan Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan bagi merujuk Abdul Malik kepada tribunal yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan