Malaysia, Singapura Mula Kajian Bersama Sistem Rel JB-Singapura

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura sudah memulakan kajian bersama mengenai perkhidmatan pengangkutan transit aliran deras yang menghubungkan Johor Baharu dan republik itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kajian itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan dan akan meliputi pelbagai aspek termasuk lokasi stesen.

"Kita perlu melihat apakah sistem paling sesuai untuk Johor Baharu dan Singapura, sama ada di atas tanah, jambatan, menerusi terowong atau cara lain," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan van oleh kerajaan Jepun kepada Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Selangor dan Wilayah Persekutuan (Damai), di sini, Rabu.

Kong berkata, cadangan sistem rel itu adalah sebahagian daripada perjanjian pertukaran yang ditandatangani kedua-dua kerajaan pada 2010, membabitkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar dengan enam lot tanah di republik tersebut.

Katanya, di sebelah Malaysia, rangkaian itu dicadang dihubungkan di JB Sentral.

Kong berkata, projek terbabit akan menangani masalah kesesakan trafik di Tambak Johor yang mana pada masa ini diguna oleh kira-kira 100,000 kenderaan setiap hari.

Terdahulu, Kong berkata, kementeriannya mendapatkan khidmat Damai dalam program keselamatan jalan rayanya.

Beliau turut, meluahkan rasa kesal kerana ramai di negara ini yang pada asalnya sempurna anggota tubuh badan menjadi orang kurang upaya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Kerajaan Jepun menerusi 'Grassroots Human Security Projects' menyumbang RM13.5 juta untuk 120 projek di Malaysia sejak 1989. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan