Kerajaan Dicadang Tubuh Semula Universiti Pertanian

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan mewujudkan semula universiti pertanian termasuk memperbanyakan institusi pengajian tinggi berkaitan sektor berkenaan bagi memperkasakan bidang pertanian.

Datuk Bung Mukhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, tumpuan terhadap pembangunan industri pertanian perlu dibuat bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan makanan daripada negara luar.

"Bagaimana kalau suatu hari nanti negara seperti Thailand dan China menghentikan eksport beras ke negara kita. Apa akan jadi dengan nasib rakyat kita.

"Nak makan ubi kayu? Setahu saya sekarang ini bekalan ubi kayu di negara kita pun boleh dikatakan tidak ada.

"Kerajaan perlu menjadikan industri pertanian salah satu enjin utama dalam memacu ekonomi negara," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian (Fama) (Pindaan) 2011 pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini, Selasa.

Pindaan Akta Fama 1965 itu bagi memasukkan dua subseksyen baru iaitu Subseksyen (2A) dan 2(B) yang bertujuan memperluaskan kuasa Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) untuk mengeluarkan lesen mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 serta mengeluarkan perakuan bagi pengimportan.

Pindaan itu juga bagi membolehkan pegawai penguatkuasa yang dilantik di bawah akta baru itu menjalankan penguatkuasaan berhubung keluaran pertanian di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan