Kadar Stres Pelajar Sekolah Tinggi - Liow

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjukkan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai "tinggi".

Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali "Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah" itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk.

Daripada jumlah pelajar yang disaring itu, 2,345 pelajar iaitu 36 peratus telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental manakala 279 guru telah dilatih untuk mengenal pasti dan mengendali masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental pelajar, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini, Rabu.

Projek dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu bermula pada Mac lepas di enam sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi di Pulau Pinang, SMK Simpang Bekoh di Jasin, Melaka, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak, SM St Michael, Penampang Sabah, Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, Negeri Sembilan, dan SM Jenis Kebangsaan Katholik Petaling Jaya, Selangor.

"Meskipun tiada kajian khusus dibuat untuk kenal pasti faktor penyebab, tetapi kita dapati apa yang penting ialah memberikan persediaan awal kepada murid mengenai kemahiran gaya daya tindak," kata Liow.

Katanya bagi pelajar yang dikenal pasti mengalami masalah stres, keresahan dan kemurungan teruk, ibu bapa mereka dipanggil bagi membantu, selain kes dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata kementerian akan memperluaskan projek itu ke semua sekolah dalam usaha mempertingkatkan kesejahteraan mental pelajar dan warga sekolah serta sebagai persediaan mengelak masalah menjadi lebih serius.

Mulai Jun tahun ini, pelaksanaan saringan kesihatan mental di Klinik Kesihatan juga telah diperluaskan secara berperingkat di Klinik Kesihatan seluruh negara. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan