Jawatankuasa Khas Tangani Ketagihan Judi Akan Ditubuh

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Ketagihan Judi akan ditubuhkan untuk membantu penjudi tegar, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu adalah perlu memandangkan masalah ketagihan judi juga tergolong dalam permasalahan mental.

"Kalau penjudi biasa, mereka masih boleh lagi mengawal diri tetapi kita bimbang dengan penjudi tegar, yang jika duit tak ada pun, mereka tetap mahu berjudi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini, Rabu.

Liow berkata memandangkan belum ada badan khas untuk melihat masalah tersebut, kementerian itu merasakan bertanggungjawab untuk membantu pejudi tegar kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyumbang kepada masalah mental yang serius kepada golongan itu.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan diketuai oleh Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Datin Dr Ang Kin Teng yang akan merangka program khas dan cara untuk membantu penjudi tegar termasuk mereka yang terlibat dengan judi dalam talian dan di pusat siber. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan