Harapan Tinggi Terhadap Belanjawan 2012

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Golongan berpendapatan sederhana berharap kerajaan akan menumpukan perhatian kepada kaedah untuk mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup.

Antara cadangan yang diharapkan adalah harga barangan keperluan harian yang lebih murah dan potongan cukai yang lebih rendah pada Belanjawan 2012.

Penjawat awam, Helmy Hazreen Abdul Kadir pula, berharap kerajaan dapat menaikkan gaji mereka.

Helmy yang tinggal di Shah Alam berkata adalah di luar kemampuan untuk mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri.

“Kebanyakan daripada teman sekerja saya hanya mampu menyewa kerana gaji bulanan yang mereka peroleh hanya cukup untuk membayar pinjaman pendidikan, bayaran ansuran kereta dan membeli barang keperluan asas.

“Lebih memeritkan kos sara hidup lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai anak, macam saya dan isteri yang baru sahaja menimang cahaya mata perempuan tahun lalu,” katanya.

Justeru, dia berharap agar Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan oleh kerajaan Jumaat ini membawa berita gembira terutamanya dalam soal kenaikan gaji dan pemberian bonus tahunan.

Bagi Khairul Azhar Shahril, 28 pula dia berharap agar kerajaan dapat mengawal harga barangan keperluan asas.

Dia yang juga seorang jurutera berkata, kerajaan perlu memastikan harga barangan seperti minyak masak, beras dan gula terus diberikan subsidi bagi mengurangkan beban golongan miskin.

“Jika subsidi ditarik balik, cukai juga perlu dikurangkan. Sebagai contoh, jika harga kereta tidak terlalu tinggi , saya sanggup untuk membayar untuk petrol yang tidak bersubsidi,” katanya.

Sementara itu, isterinya Tengku Farah Petri Tengku Mahmood,26 berharap agar kos sara hidup tidak meningkat terutamanya jika dasar gaji minimum dilaksanakan.

“Jika tidak, ia tidak akan dapat mengurangkan beban rakyat," katanya.

Seorang perunding media yang enggan dikenali pula berkata harga kereta nasional di negara ini adalah tinggi dan bukan itu sahaja kos penyelenggaraan serta bayaran tempat letak kenderaan juga tidak pernah berkurangan.

“Saya berharap kerajaan dapat mengurangkan harga kereta dengan mengurangkan atau menghapuskan cukai

“Kami tidak perlu membeli kereta sekiranya perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang dan bandar raya lain adalah efisien,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan