Bayaran Tambahan Touch n’ Go Di Tempat Letak Kereta Akan Dihapuskan

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bayaran tambahan apabila menggunakan kad prabayar, Touch ‘n Go di tempat meletak kenderaan akan dihapuskan tidak lama lagi, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Bayaran tambahan yang dikenakan sebelum ini adalah bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan.

Kad prabayar berkenaan tersebut boleh digunakan di lebih 50 lokasi termasuk pusat membeli belah, hospital dan hotel.

Nazir berkata syarikat tersebut akan memperkenalkan beberapa langkah termasuk memansuhkan bayaran tambahan di tempat letak kereta.

Tambahnya, syarikat tersebut akan menambahkan jumlah peruncit yang menggunakan perkhidmatan Touch ‘n Go serta meningkatkan infrastruktur teknologi maklumat dalam usaha memperluaskan penggunaan kad prabayar berkenaan.

“Antara penambahbaikan yang dicadangkan adalah kita akan memperkenalkan perkhidmatan memindahkan baki kredit yang dimiliki oleh ahli keluarga yang sama.

“Kami dalam proses untuk mencari syarikat yang dapat melakukan perkhidmatan ini. CIMB dan Touch ‘n Go akan melabur RM200 juta untuk tujuan latihan ini,” katanya.

Beliau berkata terdapat kira-kira 9.2 juta pengguna Touch ‘n Go di negara ini.

Kumpulan CIMB merupakan pemegang saham terbesar dalam Touch ‘n Go dengan kepentingan sebanyak 52.22 peratus dalam syarikat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Abdul Karim Md Lassim berkata penggunaan kad prabayar tersebut telah meningkat dengan lebih 50 peratus menggunakannya untuk membayar tol sementara 70 peratus daripadanya digunakan untuk pembayaran tol di Lembah Klang.

"Ia juga turut digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam terutama pengguna perkhidmatan bas RapidKL dan komuter,” katanya.

Menurutnya, penggunaan kad prabayar Touch ‘n Go untuk bas RapidKL meningkat kepada 70 peratus, daripada 2 peratus pada tahun lalu, sementara bagi perkhidmatan komuter ia telah meningkat kepada 21 peratus berbanding 12 peratus pada 2010.

“Usaha syarikat Touch ‘n Go meningkatkan perkhidmatan mereka harus dipuji kerana ia telah berjaya mengurangkan jumlah kakitangan di setiap tol,” kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor ketika melancarkan ibu pejabat syarikat kad prabayar Touch ‘n Go yang baru di Bangsar South City pada Selasa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan