7000 Pengguna Di Gua Musang Hadapi Masalah Bekalan Air Bersih

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kira-kira 7,000 pengguna di jajahan Gua Musang menghadapi masalah bekalan air bersih selama seminggu mulai semalam hingga Isnin ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hazwan Hassan berkata gangguan itu berikutan kerosakan pam air mentah di loji rawatan air di Sungai Ketil dekat situ sejak dua hari lepas.

Beliau berkata kerosakan itu juga menyebabkan kapasiti pengeluaran bekalan air bersih menurun secara mendadak.

"Antara kawasan terlibat ialah Bandar Gua Musang sendiri dan sekitarnya yang membabitkan kira-kira 7,000 pemegang akaun di kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama, di sini, Rabu.

Hazwan berkata kerja-kerja membaik pulih loji tersebut sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya Isnin depan.

Beliau berkata pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan melalui nombor 1300-88-2572 untuk maklumat lanjut berhubung perkara itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan