125 Individu Perintah Tahanan Terhad Bebas Serta Merta

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Rabu mengumumkan membebaskan 125 tahanan di bawah Perintah Kediaman Terhad.

Serentak dengan itu juga, Kementerian Dalam Negeri turut akan membatalkan lebih 200 waran yang belum disampaikan dengan serta merta.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 di Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Rang Undang-undang berkenaan bertujuan memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933.

Menurut Perdana Menteri, pemansuhan akta berkenaan merupakan permulaan kepada proses mengotakan janji kerajaan menerusi Program Transformasi Politik Negara yang menjadi pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedang berlangsung.

"Kerajaan mengambil keputusan memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 kerana undang-undang tersebut sudah lapuk ditelan zaman dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

"Asanya, tindakan terhadap orang yang melakukan kesalahan jenayah hendaklah diambil di bawah undang-undang sedia ada dengan mematuhi prinsip bahawa sebarang hukuman hendaklah berdasarkan sabitan oleh mahkamah selepas mengambil kira segala bukti, sesuai dengan prinsip universal," katanya.

Selain itu Najib berkata, akta berkenaan tidak lagi sesuai digunapakai berikutan kemajuan teknologi komunikasi yang boleh dijadikan perhubungan secara maya serta menjadi jalan alternatif kepada individu yang disekat untuk berhubung secara fizikal.

Menurut Najib lagi, Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 memperuntukan beberapa fasal antaranya bertujuan memansuhkan Akta 377 dan mengadakan peruntukan kecualian yang menyatakan bahawa pemansuhan berkenaan tidak akan menjejaskan apa-apa perintah yang dikeluarkan, dibuat atau prosiding yang diambil di bawah akta yang dimansuhkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta pemansuhan ini.

"Dengan kata lain, pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933 ini tidak menjejaskan apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat atau tindakan atau prosiding yang diambil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini.

"Pemansuhan ini juga tidak akan melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan