PDRM Belanja RM2 Juta Tangani Perhimpunan Haram 9 Julai - Berita Semasa | mStar

PDRM Belanja RM2 Juta Tangani Perhimpunan Haram 9 Julai

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa membelanjakan kira-kira RM2 juta serta menugaskan 11,046 pegawai dan anggota polis bagi menjaga keselamatan di Lembah Klang sebelum dan semasa perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah itu termasuk 2,600 anggota yang dikerah dalam keadaan bersiap sedia di kontinjen-kontinjen di seluruh negara yang boleh dipanggil jika keadaan memerlukan.

"Polis terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Kok ingin tahu bilangan anggota polis yang dikerah untuk bertugas di Lembah Klang pada 6 hingga 9 Julai lepas serta perbelanjaan operasi menghentikan perhimpunan itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan