Naib Presiden MCA Cabar Guan Eng Bahas Isu Hudud

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu pada Selasa mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berbahas mengenai pendirian mereka berhubung hukum hudud yang dicadangkan PAS di Kelantan.

Menurut Ping Sieu, isu hudud merupakan isu awam yang membabitkan masyarakat bukan Islam dan DAP perlu menjelaskan pendirian mereka untuk menghalang PAS daripada mengimplementasikan hukum tersebut.

"Bagaimana DAP akan menghalang PAS daripada melaksanakan hukum hudud? Ia isu hangat dan perlaksanaannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ping Sieu yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, walaupun pakatan rakyat bermesyuarat mengenai perkara ini, tiada kata sepakat dicapai.

"Kita mahu DAP menjelaskan pendirian mereka kerana pada pilihan raya kecil sebelum ini, DAP mempromosikan PAS sebagai sebuah parti politik yang lebih terbuka, bertolak-ansur, moden dan profesional," ujarnya di lobi Parlimen pada Selasa.

Jelas beliau, terpulang kepada DAP untuk menentukan tarikh, tempat dan lokasi yang sesuai untuk mengadakan perbahasan itu.

"Saya terpaksa menghantar surat berdaftar kepada Guan Eng mengenai perkara ini kerana dia tidak datang ke Parlimen semalam," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan