Malaysia-Singapura Erat Kerjasama Kebudayaan, Kesenian

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hubungan Malaysia dan Singapura terus melangkah maju dengan pelbagai bentuk kerjasama antara kedua-dua negara dilaksanakan termasuk dalam bidang kebudayaan dan kesenian.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kedua-dua negara kini memperluas usaha sama itu selepas beberapa siri kerjasama dalam bidang itu sebelum ini berjaya dilaksanakan, termasuk penganjuran Muzika Ekstravaganza dan The Singapore-Malaysia CausewayEXchange.

"Hubungan Malaysia dan Singapura pada ketika ini amat menggalakkan dan kita mengambil peluang untuk terus bekerjasama dalam pelbagai bidang.

"Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah meneruskannya sahaja. Dalam masa terdekat kita mungkin menghantar satu atau dua kumpulan, ia mungkin dalam bentuk lawatan rasmi untuk mengadakan persembahan di Singapura. Ini adalah kemungkinannya tetapi saya akan berbincang dengan rakan sejawatan saya apabila beliau berada di sini bulan depan," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menerima kunjungan Menteri Pengangkutan Singapura Lui Tuck Yew, di pejabatnya di sini, Selasa.

Sementara itu, Lui berkata terdapat banyak peluang bagi kedua-dua negara menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang, misalnya dalam seni kesusasteraan termasuk penulisan puisi, penulisan cerita dan cerpen.

"Saya fikir objektif yang lebih besar ialah untuk mengusahakan kaedah ke arah merapatkan hubungan pelbagai kaum selain mencari jalan untuk menggalakkan lebih banyak interaksi antara rakyat," katanya.

Mengenai lawatannya ke negara ini, Lui berkata rangkaian kereta api berkelajuan tinggi antara sempadan Malaysia dan Singapura bakal menjadi isu utama yang akan dibincangkan apabila beliau bertemu rakan sejawatannya, Datuk Seri Kong Cho Ha, selain membincangkan beberapa isu pengangkutan membabitkan kedua-dua negara.

Lui, yang juga Menteri Kedua bagi Hal Ehwal Luar Negara, turut dijadual bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar untuk membincangkan perkara berkaitan pengangkutan serta topik lain membabitkan kepentingan bersama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan