Golongan Miskin Boleh Guna MyKad Dapatkan Makanan Percuma

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dengan hanya menggunakan MyKad, hampir 10,000 keluarga miskin di seluruh negara boleh mendapatkan barangan makanan secara percuma di kedai-kedai berhampiran rumah masing-masing.

Mereka juga boleh memilih bila dan apa yang ingin dobeli daripada 10 kategori barang-barang dengan nilai maksimum RM80 setiap bulan.

Skim dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih tersebut membolehkan golongan miskin membeli keperluan asas seperti beras, roti, minyak masak, biskut dan susu dengan menaip nombor PIN unik ke dalam pembaca kad di kaunter pembayaran.

Yayasan MyKasih kemudiannya akan membayar peruncit secara elektronik dalam tempoh 48 jam selepas transaksi pembelian dibuat.

"Kami hanya menggunakan teknologi MyKad yang sedia ada untuk memantau dan membuat pengagihan yang lebih teratur," Pengarah Urusan MyKasih, Jeffrey Perera berkata di sini, Isnin.

Sumbangan yang diterima badan kebajikan tersebut untuk diagihkan kepada golongan sasar adalah daripada syarikat-syarikat korporat seperti Petronas, AmBank dan Sime Darby serta beberapa individu.

Perera berkata teknologi yang dikenali sebagai ePetrol, juga membolehkan penyalahgunakan dana dihapuskan.

"Ini adalah kerana hanya butiran MyKad dan kod bar barangan makanan yang dibenarkan dikenal pasti oleh sistem," katanya.

"Item seperti coklat atau rokok tidak boleh dibeli dengan menggunakan kad."

Selain makanan, MyKasih juga memberi kelas tuisyen percuma kepada pelajar yang memerlukan dan suri rumah dengan kemahiran kerja seperti menjahit, memasak dan mendandan rambut.

"Setakat ini, 32 suri rumah lulus program-program ini dan mampu menjana pendapatan tambahan untuk keluarga mereka," kata Perera.

Penerima dikenal pasti melalui pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan juga dengan bantuan dari badan-badan bukan kerajaan tempatan dan kerajaan negeri.

Perera berkata badan tersebut mempromosikan konsep "Cintai Kejiranan Kita".

"Penderma digalakkan untuk menyumbang kepada keluarga miskin di kawasan masing-masing," katanya.

Mereka yang berminat membuat sumbangan ikhlas boleh menghubungi MyKasih di info@mykasih.com atau 03-79499691.

Semua derma yang dibuat akan dikecualikan cukai.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan