Bersih 2.0 Sambut Baik Usul Penubuhan JTP

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyambut baik usul penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) bagi menjamin sistem pilihan raya telus dan adil yang diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat, Isnin.

Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, tindakan Dewan Rakyat meluluskan usul itu tanpa bantahan membuktikan kerajaan memandang serius suara rakyat terhadap isu berkaitan pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun, jika kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebelum lapan tuntutan Bersih 2.0 ditunaikan, beliau memberitahu kerajaan tidak ikhlas dalam melakukan transformasi politik seperti yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

"Jika PRU diadakan sebelum JTP melakukan tugasnya, JTP patut dibubarkan. Lapan tuntutan itu berpatutan dan tidak memerlukan sebarang pembaharuan undang-undang," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Sebaliknya, Marina berkata, lapan tuntuan itu perlu dilakukan segera bagi membersihkan sistem pilihan raya Malaysia yang diyakini boleh dilaksanakan sebelum PRU akan datang.

Sementara itu, Maria turut mengkritik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang menegaskan bahawa pembaharuan masih boleh dilakukan selepas PRU ke-13 sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum reformasi sistem pilihan raya dilaksanakan.

"Kenyataan Nazri berbeza dengan misi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan