9 Senarai Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Pilihan Raya Dilulus

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan senarai sembilan wakil rakyat yang akan menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas bagi mengkaji dan menambahbaik proses pilihan raya di negara ini.

Kelulusan tersebut dibuat menerusi mesyuarat yang dipengerusilan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen awal pagi tadi.

Turut hadir dalam mesyuarat hampir 20 minit bermula pada pukul 8 pagi itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Lima wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mewakili Sabah dan kaum Kadazan, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Ahli Parlimen Kapit mewakili Sarawak dan kaum Iban, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Ahli Parlimen Kangar juga wakil Umno dan kaum Melayu, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad; Ahli Parlimen Alor Gajah wakil MCA dan kaum Cina, Tan Sri Dr Fong Chan Onn serta Ahli Parlimen Hulu Selangor yang juga wakil MIC dan kaum India, P Kamalanathan.

Maximus yang juga ahli Parlimen Kota Marudu turut dicadangkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut.

Pada Isnin pembangkang menamakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (PAS) dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke (DAP) untuk mewakili dalam jawatankuasa berkenaan.

Sementara itu Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong pula dinamakan mewakili konsensus Bebas.

Selain itu Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan bahawa kesemua senarai nama berkenaan akan diumumkan oleh Pandikar Amin pada persidangan Dewan Rakyat, esok (Rabu).

Jawatankuasa Pilihan Khas ini bertanggungjawab mengkaji perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada pilihan raya akan datang.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan